Tuesday, March 15, 2011

Ragam manusia..

Bismillahirrahmanirrahim..
Asslamualaikumwarahmatullah duhai shabt yang diksihi sume..:)
Ok,Alhamdulillah hari ni still menghirup udara di muka bumiNya..arini  sy juz nak share something yang bese2.pasal perangai manusia la kan.. Ini bg peringatn untuk diri sy yang lemah dan hina n juga untuk sume sahabat2 yang lain. Kita selalu nak orang lain jaga hati kita kan dalam hidup ni.. Kita x suka dikritik,dikutuk..Sy tau,semua orang pun akan kurang senang dengan kritikan semua bagai ni kan..Sy pun x suka.Itu adalah lumrah manusia kan?? Selalu nak dapat pujian n kata2 yang indah sahaja . X sanggup nak terima kelemahan..Tapi, kita kene ingat ni adalah tarbiyah Allah melalui orang lain..Anda nampak x semua tu? Tapi, bagi yang mengkritik jangnlah gune kan ayat yang sangat power! Ingat! Lidah itukan lebih tajam dari pedang..Kenapa??Kalau pedang dihunus pada hati,luka tersebut bisa sembuh dalam tempoh masa yang ditetapkan..Tapi kawan2 ingat kalau kita berkata2  sesuatu yang kurang enak  n kawan kita touching lebih….susah nak baik tu..Belum tentu baik sehingga akhirat.. Sebab tulah kita sentisa dianjurkan oleh untuk sentiasa bermaaf-maafan.. Berlapang dada.
Satu lagi, jangan ingat kawan2 yang selalu bergurau dengan kita orang yang x kan pernah touching dengan kita kan??Biasanye orang yang paling dekat adalah orang yang paling banyak touching ngan kita kan.. Satu yang sy paling anti, kalau orang tu bentak sy.Ish!  X suke la main macam tu.. Kalau da marah sangat, DIAM adalah lebih baik.. Itu je yang akan menjernihkan keadaan buat sementara waktu.. Kalau rasa nak MARAH sangat2, pergi basuh muka ye..Syaitan sedang menguasai diri kita masa kita sedang marah.. So, bagi hilangkan n redakan kemarahan, mengambil wuduk adalah langkah yang terbaik..Jangan sesuka hati hamburkan kemarahan kepada orang yang tak bersalah dengan anda..:)..Kesian kat mereka yang tak tau ape2..
Last sekali, jangan sentiasa cari kesalahan orang lain..Biasalah, manusia itu tidak sempurna. Sentiasa tidak lari dari kesilapan seharian.. X normal la kan kalau dia perfect dalam semua mende.. Tapi, kita as a human will still try our best in everything right??^^
Ok, last sekali mari kita sam2 muhasabah diri,banyak tak dose ngan kawan2 kita?? Alamak aiiiii!!Banyaknye……Ok!!Jom ramai2 kita minta maaf kat membe2 kita kalo ada wt salh silap..Ajal maut di tangan Allah.. Kalau Allah takdirkan kita mati dalam mase terdekat n x sempat nk minta maaf,siapa yang rugi??
Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung…^^Amin

peringatn~


Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah,
dari Amir bin Syurahbil Asy-Syabi iaitu Kabilah Hamdan,
bahawa dia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais,
dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir bin Syurahbil Asy-Syabi berkata:
"Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Nabi Muhammad yang tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun
selain baginda.

Fatimah binti Qais berkata:
"Jika engkau mahu, nescaya aku lakukan."

Amir bin Syurahbil Asy-Syabi berkata:
"Tentu, sampaikanlah kepadaku."

Fatimah binti Qais berkata:
"Setelah Nabi Muhammad menyelesaikan solatnya,
baginda duduk di mimbar.
Sambil tersenyum, baginda berkata:
"Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya."
Selanjutnya baginda berkata:
"Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?"
Mereka menjawab:
"Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."
Nabi Muhammad berkata:
"Sesungguhnya aku,
demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan.
Melainkan,
aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim Ad-Dari,
yang dulunya seorang Nasrani (Christian),
datang untuk berbai'ah masuk Islam.
Ia menceritakan kepada aku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Al Masih Dajjal.
Ia menceritakan kepadaku bahawa dia berlayar dengan kapal bersama 30 orang dari Lakhm & Judzam.
Mereka dibuai ombak selama 1 bulan di lautan.
Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari.
Mereka duduk-duduk berehat di pantai berhampiran kapal mereka.

Lalu mereka naik ke pulau itu.
Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya,
yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan
dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata:
"Celaka kamu, apakah kamu ini?"

Binatang itu menjawab:
"Aku adalah Jassasah (mata-mata)"

Mereka bertanya:
"Mata-mata apa? "

Ia menjawab:
"Wahai kaum,
pergilah kepada orang yang berada di dalam gua itu,
kerana (dia) merindukan berita dari kamu.'

Tamim Ad-Dari berkata:
"Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang,
kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan."

Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua.
Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya,
dan diikat dengan rantai yang kuat.
Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang
kuat.
Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya.

Kami katakan:
'Celaka kamu,
makhluk apakah kamu ini?

Ia menjawab:
'Kamu semua telah mengetahui perihalku,
kini beritahukan kepadaku,
siapakah kamu ini?'

Mereka menjawab:
'Kami adalah adalah manusia dari Arab.
Kami beelayar kapal lalu dipukul gelombang laut besar,
dan ombak mempermainkan kami selama sebulan'.
Maka kami duduk-duduk di pantai dekat kapal lalu memasuki pulau ini.
Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya:
'Celaka kamu, apakah kamu ini?'
Binatang itu menjawab:
'Aku adalah mata-mata'
Kami bertanya:
'Mata-mata apa?'
Binatang itu menjawab:
'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini,
kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.'
'Maka kami pun segera menjumpaimu.
Kami takut pada binatang itu,
dan kami
tidak tenang boleh jadi jangan-jangan dia syaitan betina.

Orang itu berkata:
'Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!'
[Nota:]
Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama,
dan merupakan salah satu kota di Palestin].
[Belajarlah geografi dan kaitkan nama sesuatu daerah di zaman silam,
dengan nama daerah yang sama itu dengan nama pada hari ini]


Kami bertanya:
'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
Orang itu menjawap:
'aku bertanya kepadamu,
apakah pohon kurma itu hampir berbuah?'
Kami menjawap:
'ya'
Orang itu menjawap:
'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah'

Lalu ia berkata lagi:'
Beritahukan kepadaku tentang 
Tasik Tabariyyah!'
Kami bertanya:
'Tentang apakah yang kamu tanyakan?'
Orang itu bertanya:
'
Apakah Tasik Itu Masih Berair?'
[Nota:]
Tasik ini besar.
Airnya makin berkurang.
Jarak Tasik Tabariyyah dengan Baitul-Muqaddis sekitar 100 batu.
Sila baca kiriman pertama saya,
saksikan sendiri apakah nama lain bagi Tasik Galilee,
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
lihat geografinya,
lihat namanya,
lihat tahap kekeringannya,
sudahkah anda bersedia dengan tanda2 kehadiran sempadan besar ???


Kami menjawap:
'Ya, tasik itu masih banyak airnya'
Orang itu pula menjawap:
'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis'

Orang itu pula menjawap:
'Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!'
Kami menjawap:
'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?'
Orang itu pula menjawap:
'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya,
dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?'
[Nota:]
Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah
isyarat dekatnya keluar Dajjal Silaknat]

Kami menjawap:
'Ya,
mata air itu masih memancarkan banyak air,
dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.'

Orang itu pula menjawap:
'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf,
apa yang dilakukannya?'
Kami menjawap:
'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib'
Orang itu pula menjawap:
'Apakah orang Arab memeranginya?'
Kami menjawap:
'Ya'
Orang itu pula menjawap:
'Bagaimana caranya memperlakukan mereka?'
Kami menjawap:
'Ia telah menunudukkan orang-orang Arab terdekatnya,
sehingga mereka mengikutinya'
Orang itu pula menjawap:
'Apakah demikian?'
Kami menjawap:
'Ya',
Orang itu pula menjawap:
'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya.
[Nota:]
Di sini sudah membuktikan bahawasanya,
sungguhpun Dajjal masih terkurung dalam penjaranya di dalam gua di sebuah pulau di lautan rahsia,
namun Al-Masih Dajjal amat mengenali baginda Nabi Muhammad,
dan Dajjal sendiri memesan pada pelayar laut itu (ketika itu Christian),
untuk beriman kepada Nabi Muhammad,
betapa Al-Masih Dajjal memandang mulia kepada baginda Nabi Muhammad,
walaupun dia tahu dirinyalah yang bakal menyesatkan,
Umat Nabi Muhammad,
fikir2kan lah wahai umaserumpunku...


Orang itu pula menjawap:
Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku.
Aku adalah Al-Masih Dajjal.
Aku hampir akan diizinkan keluar,
maka aku akan keluar.
Lalu aku akan berjalan di muka bumi.
Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama 40 malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah).
[Nota:]
Banyakkan membaca dan memahami geografi dan nama tempat,
kerana banyak tempat di dunia ini,
namanya banyak, tetapi tempatnya tetap sama,
fikir2kanlah wahai saudara serumpunku...

Orang itu pula menjawap:
Kedua kota itu diharamkan ke atas diriku menjejaknya.
Setiap kali aku akan memasuki salah 1 kota itu,
aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku.
Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.'

Fatimah binti Qais berkata:
"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar,
Nabi Muhammad berkata:
Ini adalah Taibah(kota Madinah),
Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?"

Orang-orang menjawab:
"Benar"

Nabi Muhammad berkata,
"Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu,
juga mengenai kota Makkah dan Madinah.
Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman,
bukan dari timur,
bukan dari timur,
bukan dari timur,
sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur"
[Nota:]
Di sini baginda Nabi Muhammad menuding ke arah timur,
dan boleh jadi ketika baginda menuding ke arah timur,
hijab baginda terbuka luas untuk mengetahui di manakah koordinat tepat kedudukan Dajjal itu,
sedangkan jemaah yang mendengar itu hanya sejadar melihat gerak geri badan Nabi,
sedangkan Nabi sendiri menyaksikannya dalam bentuk pemandangan lain,
selebihnya..........Wallahu Alam.


Direkodkan Di Dalam:
Lihat Sahih Muslim dengan syarahan Imam an-Nawawi,
Matba'ah Al-Misriyyah,
XVIII,
halaman 78-73)
Petikan dari sebuah blog...