Friday, April 15, 2011

pengurusan jenazah

Assalamualaikumwarahmatullah wbt..
Segala puji bagi Allah yang telah meberi nikmat dan  ujian serta selawat keatas Nabi Muhammad dan para junjungan..

Hari ini ingin saya kongsikan kepada anda semua salah satu pengalaman saya yang terlalu bernilai yang tidak mudah untuk saya dapatkan..Bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak mensia-siakan apa yang hambaMu ini telah belajar pada 3 minggu lepas iaitu kursus pengurusan jenazah.

Segalanya bermula dengan ajakan seorang sahabat,Aminah untuk menguruskan seorang jenazah perempuan di Masjid Sultan Ismail(MSI) . Arwah meninggal kerana sesak nafas pada pukul 2.30 pagi di sebuah hospital sekitar johor.Al- fatihah buat arwah dan takziah kepada keluarga atas kehilangan orang yang tersayang. Pada mulanya keyakinan untuk menguruskan kurang mantap. Tapi, apabila tengok ustazah yang steady je n aisyah,kak indah dan kak tikah relax je, saya cuba untuk kuatkan diri bagi menghadapi jenazah tersebut.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan izin yang maha kuasa. Dia telah permudahkan segalanya kepada semua. Dari memandikan jenazah sehingglah solatkan jenazah. Ahli waris juga ada membantu sepanjang menguruskan jenazah. Ramai juga ahli waris2 lain, sahabat dan orang yang terdekat hadir bagi memberi penghormatan yang terakhir dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang lain.

Apabila mendapat peluang ini, barulah merasai pengalamn sebenar bagaimana untuk menguruskan jenazah. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi kami peluang yang amat berharga ini.

Akhirnya, marilah kita bersama muhasabah diri kita bahawa kematian dan ajal maut ini terletak dalam kuasa Allah. Kita tidak tahui bila malaikt izrail datang menjemput kita. Sentiasalah mengingati tentang perkara itu…Fikir2 dan renungkan tentang perkara ini.

Wallahua’lam..

Saturday, April 9, 2011

Leisure to Malacca

Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah..Program ke Melaka telah berjalan dengan begitu lancar pada hari ini walaupun peserta program dan ajk hanyalah 13 orang. Namun, banyak benda yang dapt kami belajar dalam masa 1 hari. Selain tu, dapatlah juga release tension yang tak berkesudahn.

A big clap to pengarah program Leisure to Melaka Kak Junaidah Yusof. Beliau telah banyak berkorban bagi menjalankan program ini. Walaupun terpaksa bersusah payah mengangkut Basyir ke KDOJ. Thanx a lot Kak Jun.:)

Love u so much!!

Sesungguhnya program arini telah merapatkan  ukhwah antara peserta KIMBA dan juga peserta bukan KIMBA. Alhamdulillah, Allah telah memberi yang terbaik untuk kita semua.

Leisure to Melaka mengambil masa dari 8 a.m sampaila 1.30 a.m..Wow!! Kami boleh bertahan untuk berjalan tanpa henti.. Semua orang sangat excited nak pusing2 Melaka except for Basyir..

Mula2, kami singgah ke Taman Mini Malaysia. Dpatlah tengok2 rumah tradisional yang terdapat di seluruh Malaysia ni. Then, kami proceed ke zoo Melaka.. Tapi, saya x masuk. Just hanging around luar zoo je..Selepas tu, kami sambung perjalanan kami ke bandar raya bersejarah Melaka menuju ke Taming Sari dan juga ke datarn pahlwan Semua orang sibuk pergi shopping dan ambil gambar kenagan. Saya, Hafizoh, Aisya, Ater dan Minah pula sibuk bergambar dalam dataran pahlwan.. Ni la peluang kami nak posing puas2..hehehe..Last destination kami malam ni adalah ke River Cruise..Ni pon bes juga..Cahaya yang berkilauan yang amat menarik dapt dilihat sepanjang perjalanan..Bak kata foreigner ni, inilah yang paling enjoyable.Tak payah guna kudrat kaki dia nak bergerak. Puas naik river cruise kami sambung pergi makan pulak. Dah kenyang, jom balik!!

Hujan juga mula turun membasahi bumi sepanjang perjalanan pulang ke UTM yang tercinta ini.Semoga itu merupakan hujan rahmat yang dikurniakan pada semua makhluk Allah..

Terima kasih kepada kak jun,kak nita,kak arin,minah,basyir, kak afi,kak wa,kak damia,saipol,aisya,fizoh n ater kerana sudi ikut program ni..Hope all of u enjoy this program so much! U all are the best!

Kalau nak mintak gambar, bleh la mintak ngan photographer berkaliber kita, kak nita..:)

Note: Kepada yang tak dapat join program ni, Insyaallah di lain masa kita pergi lagi sama2..^^

Wallahua’lam

Friday, April 8, 2011

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.t.
pertama2 dan selama2nya marilah kita merafakkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yg diberi sehingga ke detik ini..tidak lupa selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar, Muhammad SAW..


Entah mengapa tiba2 saya rasa sangat terpanggil utk menulis pada hari ini..walhal tiada idea yang dapat sy curahkan pd ketika ini..namun sy akan cuba utk mengeluarkan segala isi hati sy pd saat ini..


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
seharusnya ungkapan di atas patut kita ucap dgn kiraan infiniti sepanjang hidup kita di dunia ini..kerana apa? kerana Allah yg Maha Besar sentiasa memberikan kita nikmat yg tak terhingga walaupun kadangkala tidak kita sedari..cuba bayangkan, siapa di dunia ini yg sanggup memberikan kita segala sesuatu secara percuma, kecuali Allah? ibubapa yang melahirkan kita sekalipun tidak memberikan segala2nya kpd kita secara percuma..pasti ada imbalan yg harus diberikan setelah permintaan kita itu dipenuhi..


apa pula kaitan cerpen (cerita pendek) syukur ni dgn program KIMBA? 


seperti yg semua ketahui, pd syura bertarikh 8 April 2011 bertempat di bilik Seminar, ahli jemaah syura telah bersetuju dgn beberapa perkara..
1. tarikh akhir bayaran RM 3000 adalah pd 20 Mei 2011. jika tidak, program ini akan dipinda ke suatu tempat yg lain.
2. setiap org telah diberi tugasan utk mencari penajaan di setiap organisasi dlm utm. tarikh akhir adalah 22 April 2011 bagi arked dan 29 April bg tempat2 lain.


ok2,penat la pakai ayat skema2 ni..back to normal..pzzzt...
pernah tak sahabat2 dgr tentang ayat yg lebih kurang camni bunyinye: "Allah tak lihat pd hasil, tpi Allah menilai pd usaha yg kita lakukan utk sesuatu perkara"


dan sekali lagi sy rasa mesti ramai yg dah pernah dgr cerita seekor burung yg membawa air dlm paruhnye yg kecik 2 utk memadamkan api yg membakar seorg nabi..apabila dia ditertawakan, apa jwpannye? dia kate sekurang2nye dia ade jawapan utk menghadap Allah nanti..


bagaimana pula dgn sikap kita semua dlm program ini? tepuk dada, tanya iman..


sy sebenarnya merasa sangat bangga dgn semua sahabat kimba yg sanggup bertahan sehingga ke hari ini..bukan mudah hendak menahan segala cabaran yg mendtg, walaupun kita sebenarnye masih belum cukup diuji oleh Allah SWT..ujian2 yg telah kite rasai mungkin baru sekelumit dpd harga yg patut kite byr utk berada di Baitullah..


namun bkn bermakna sy kecewa dgn mereka yg menarik diri..tidak sama sekali..kerana jika sahabat2 semua amati, program ini telah banyak mengajar erti kehidupan kpd setiap peserta, tak kira dpd awal program hingga ke hari ini..sy dapat melihat ada di kalangan kita yg pernah dan sdg berada dlm prgram ini yg sdg menerima tarbiyah...semoga ianya berkekalan sehingga ke akhirnya..amiiiin...


dan tiba2 sy ingin menegur sahabat2 semua tentang aurat..setiap dpd kita semangat utk berkata nak menjejakkan kaki ke tanah suci, tapi pernahkah kite melihat kpd amalan2 yg kite lakukan?apakah cukup segala yg kite lakukan?jika terlalu susah bila difikirkan tentang amalan, pernahkah kite terfikir tertutupkah aurat kite pd ketika ini?
ironinye begini...mutiara yg cantik dan sgt mahal pasti disimpan dlm sebuah bekas kaca yg berkunci dan tidak dipamerkan kpd semua..hanye org insan yg sgt mampu shj boleh melihatnye..tetapi batu kristal yg juga cantik pd pengamatan manusia yg boleh didapati dimana2 tidak begitu dihargai..mana satu pilihan anda? sebiji permata yg berharga atau sebutir kristal di jalanan?ayuh sahabat, anda mampu mengubahnye!!kerana setiap detik adalah peluang yg diberikan oleh Allah SWT kpd kita utk menemui "turning point"!


jgn bicara soal hidayah jika anda tak berusaha ke arahnye..hidayah perlu dicari, bukan hanye dinanti!!
bagaimana cahaya boleh memasuki rumah jika kita menutup semua tingkap yg ade?


akhir sekali, maafkan sy jika ada perkataan di atas mengguris hati dan perasaan sahabat sekalian..ingatan di atas adalah ingatan utk diri ini jua..tiada yg sempurna kecuali Allah..



Thursday, April 7, 2011

TARIKH AKHIR

Assalamualikumwarahmatullah..
Hari ini hamba Allah ini ingin membuat sedikit luahan hati yang amat berdebar untuk menunggu tarikh bagi membuat pelangsaian hutang yang tertangguh sebanyak rm 3000.00..
Sebelum ni, tarikh untuk membayar hutang tersebut pada 31 Mac 2011. Tapi, malangnya...Hamba Allah ini tidak mampu lagi melangsaikan hutangnya dek keran tugasan yang melambak-lambak yang dipertanggungjawab oloeh Allah kepadanya.. Nmaun, hamba Allah ini sedar bahawa ini disebabkan kelalaian dan kesilapan dirinya jua.. Manusia mane yang sempurna dari cacat cela walaupun dia adalah seorang Perdana Menteri mahupun seorang raja.
Apabila mendapat mesej pada tengah hari ini tepat pada pukul 11.59 a.m dari pengarah program KIMBA yang tertera seperi berikut:
Kimba- tarikh akhir u bayar rm 3000 pd 31 mei pada bendahari indah. Kala x, mekah madinah cancel.muktamad. tq.
Ya Allah, aku lupa tentang tanggungjawab aku yang satu ini bagi mencari penajaan. Tapi, hamba tidak akan menyesal kerana sikap itu tidak membawa keuntungan kepada hamba jua.. Jadi, mulai hari ini ayuh bersemangat untuk mencari penajaan. Allah tidak akan persiakan hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perakara. Seandainya hamba tidak Berjaya mencari, pasti ada hikmah yang masih terhijab yang belum mampu hamba lihat..
Hanya padamu jualah aku berserah..
WALLAHUA’LAM

Monday, April 4, 2011

dakwah

Assalamualaikumwarahmatullah..
Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian mengenai dakwah..Ape yang korang faham tentang dakwah selama ni?
Kalau saya,saya faham dakwah juz untuk seru manusia kearah jalan kebaikan.. Tetapi, rupanya tu pemhaman yang amat salah..Saya telah lupa mengenai cegah kemungkaran.. Kita hidup di muka bumi Allah ni sebagai hamba dan Khalifah Allah jua..
Tapi, apa hukum dakwah eh??emmm..ok2, meh saya bertahu anda2 sekalian..Hukum dakwah adalah wajib..Ia dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu fardu kifayah n fardhu ain.

Bagi hukum fardu ain anda semua boleh rujuk surah Al- Imran ayat 110 yang bermaksud:
‘ Kamu(umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu ynag terbaik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang2 fasik.’

Manakala bagi hukum fardhu kifayah pula terletak dalam surah Al Imran yang bermaksud:

‘ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung..'

Jadi sekarang mari ramai2 kita berdakwah.. Hukumnya wajib kan? Kalau x buat, maknanya dosa kan?Tapi, saya tau menda ni memang susah nak amal..Juz cuba yang terbaik, Insyaallah akan  bantu kita..
Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan membantu kita jua…J
WE LOVE ISLAM!!!ALLAHUAKBAR
Wallahua’lam..