Assalamualaikumwarahmatullah wbt..
Segala puji bagi Allah yang telah meberi nikmat dan ujian serta selawat keatas Nabi Muhammad dan para junjungan..
Hari ini ingin saya kongsikan kepada anda semua salah satu pengalaman saya yang terlalu bernilai yang tidak mudah untuk saya dapatkan..Bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak mensia-siakan apa yang hambaMu ini telah belajar pada 3 minggu lepas iaitu kursus pengurusan jenazah.
Segalanya bermula dengan ajakan seorang sahabat,Aminah untuk menguruskan seorang jenazah perempuan di Masjid Sultan Ismail(MSI) . Arwah meninggal kerana sesak nafas pada pukul 2.30 pagi di sebuah hospital sekitar johor.Al- fatihah buat arwah dan takziah kepada keluarga atas kehilangan orang yang tersayang. Pada mulanya keyakinan untuk menguruskan kurang mantap. Tapi, apabila tengok ustazah yang steady je n aisyah,kak indah dan kak tikah relax je, saya cuba untuk kuatkan diri bagi menghadapi jenazah tersebut.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan izin yang maha kuasa. Dia telah permudahkan segalanya kepada semua. Dari memandikan jenazah sehingglah solatkan jenazah. Ahli waris juga ada membantu sepanjang menguruskan jenazah. Ramai juga ahli waris2 lain, sahabat dan orang yang terdekat hadir bagi memberi penghormatan yang terakhir dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang lain.
Apabila mendapat peluang ini, barulah merasai pengalamn sebenar bagaimana untuk menguruskan jenazah. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi kami peluang yang amat berharga ini.
Akhirnya, marilah kita bersama muhasabah diri kita bahawa kematian dan ajal maut ini terletak dalam kuasa Allah. Kita tidak tahui bila malaikt izrail datang menjemput kita. Sentiasalah mengingati tentang perkara itu…Fikir2 dan renungkan tentang perkara ini.
Wallahua’lam..
kita kena rasa macamna cara nak mengurus jenazah. Kot2 terkena dekat orang2 terdekat kita ke. takkan nak harapkan tok imam je.
ReplyDelete