Friday, May 6, 2011

Kisah Lima Sekawan

Ini kisah kehidupan lima orang sahabat yang bernama Panadol, Salbutamol, Statin, Verapamil, dan Sertraline. Mereka berlima beragama Islam hasil dari keturunan ibubapa mereka. Mereka tinggal di sebuah bandar yg dikenali dengan nama Bandar Tripathi. Ia adalah ibu negara Parmac, Sebuah negara Islam contoh di rantau ini. Ia terletak bersebelahan dgn bandar-bandar yang maju sperti bandar Davidson, Ganong, Bailey dan Netter di sekeliling kepulauan Chaurasia. Bandar Tripathi adalah sebuah negara yang maju dari segi ekonominya yang berdaya saing terutama dlm industri farmaseutikal. Negara Parmac juga adalah pengeluar buku teks pharmac yg terbesar di dunia.

Lima sahabat ini tinggal berdekatan. Pada waktu pagi, selepas solat subuh bersendirian di bilik masing-maisng, mereka selalu sarapan bersama-sama di warung Pak Cik Neostigmine (Pak Cik Neo). Mereka berlima bekerja di sebuah kilang milik Glaxo Smithkline. Selalunya mereka pergi ke tempat kerja bersama-sama. Di tempat kerja pula, mereka diletakkan dalam syif yang sama sebagai pembalut kotak-kotak Ribena. Mereka cukup rapat. Selalunya di waktu makan tengahari, mereka berlima akan berkongsi menaiki kereta Panadol untuk bersama-sama ke gerai makan. Habis sahaja makan mereka kembali ke tempat kerja. Statin mngazankan solat zohor, .Verapamil solat bersendirian di suatu sudut manakala Panadol dan Sertraline pergi menunaikan rukun keenam selepas haji (rokok). Salbutamol sudah solat bersendirian degan cepat skali kerana dia seorang yang rajin bekerja jadi tiada masa baginya untuk dibazirkan. Verapamil terpaksa solat sendirian lagi kali ini.

Syif petang bermula. Lima sahabat ini gigih bekerja dan mndapat pujian dari bos mereka. Syif berakhir pkul 4.30 petang. .Kebiasaannya selepas waktu kerja mereka berlima akan minum petang di sebuah warung berdekatan dengan surau di tempat mereka. Sampainya mereka di sana, azan asar berkumandang. Statin mngajak mereka utk solat asar. Kali ini Verapamil ikut manakala mereka yang lain terlalu lapar pada masa itu untuk solat jemaah bersama di surau.

Pukul 5.00 petang. Mereka pulang ke rumah masing-masing. Selalunya petang-petang begini mereka berlima akan turun beriadah bersama untuk berlatih futsal. Mereka berlima handal bermain futsal dan pasukan mereka merupakan yang paling digeruni kampong-kampung lain. Mereka jugalah juara kejohanan Futsal di tempat mereka. Pasukan mereka cukup lengkap dengan kekuatan dan keserasian yang mantap. Selalunya apabila hari hampir gelap, Statin pulang dahulu kerana ingin bersiap-siap untuk solat maghrib.

Pukul 7.30 malam, azan maghrib berkumandang di surau. Statin solat maghrib berjemaah disitu. Dalam perjalanan balik ke rumah, Statin terserempak dengan empat sahabat baiknya yang baru sahaja selesai berlatih. Mereka balik bersama-sama sambil membincangkan aktiviti yang ingin dilakukan bersama-sama malam in. Verapamil mncadangkan makan malam di suatu tempat di tepi pantai, Sertraline mencadangkan snooker. Mereka bersetuju dengan kedua-dua cadangan.

Pukul 8.25 malam, mereka semua bergerak dengan kereta Kenari milik Salbutamol. Di pertengahan jalan, azan isyak berkumandang. Statin mngajak mereka supaya berhenti sebentar untku solat isyak, mereka berempat ketawa sinis kerana menyangka Statin hanya bergurau. Statin menggesa agar berhenti, tetapi Salbutamol berdalih kerana ingin cepat supaya dapat pulang ke rumah dengan cepat dan berjemaah di rumah. Salbutamol ini rajin orangnya jadi dia memang banyak kerja di rumah. Statin terpaksa mngalah. Mereka sampai di tempat makan. Mereka makan bersama-sama, habis sahaja makan mereka terus ke tempat snooker.

Malam itu mereka tiba di rumah jam 2.00 pagi dalam keadaan yang sudah mengantuk. Statin mngambil wuduk, dia menunggu rakan-rakan lain utk solat bersama tapi ternyata mereka sudah terlalu mengantuk pada waktu itu. Statin solat isyak & witir sambi berniat untuk bangun tahajud. Rezeki Statin bukan pada malam itu. Dia terlalu mngantuk untuk bangun solat malam.

Mereka berlima mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai aspek. Mereka berjemaah dalam semua hal kecuali hal yang paling penting iaitu solat.

Mengapa mereka boleh berjemaah dalam benda-benda lain kecuali solat? Persoalan yang penulis juga tidak dapat untuk merungkaikan.

Beginilah kehidupan di sebuah bandar Islam. Bandar yang maju dari segi ekonomi dan kesejahteraab politiknya. Rakyatnya terdiri dari golongan profesional yang hebat-hebat dan ramai yagn bergelar jutawan. Pemimpin mereka contoh terbaik dalam kehidupan seharian mereka Negara ini sedang berada di kemuncak dari segi teknologi, pemikiran, dan ilmu selari dengan kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

Tetapi adakah rakyat ini negara yg betul-betul kuat? Benar-benar hebat? Sedar atau tak, dalam perkembangan ekonomi yang pesat, perkembangan sosial juga semakin pesat. Negara Parmac mungkin negara yang maju dari segi ekonomi tetapi ia juga pincang dari segi akhlak terutamanya masalah-masalah sosial seperti buang bayi, zina, arak, pelacuran, dadah, rogol, dan sumbang mahram berleluasa. Mat rempit dan gangster kebanyakannya orang Islam. Tidak kurang juga yang murtad. Tanpa disedari generasi pemuda yang akan memimpin negara pada masa hadapan nanti terdiri dari generasi ini. Adakah mereka sedar?

Sesungguhnya solat itu tiang agama. Tanpa tiang kita hanya boleh tinggal di atas tikar sahaja. Begitu juga agama, tanpa solat maka agama akan jd seperti ttikar yang letaknya dibawah punggung sahaja. Rakyat negara Parmac mungkin bersatu padu tetapi hati mereka cukup rapuh yang mungkin hancur ditiup anginangin keduniaan. Mereka akan kalah dalam jihad melawan nafsu, walaupn mereka bersatu padu tetapi hakikat hati yang kosong tidak akan dapat diisi dengan hati kosong yang lain. Satu gelas yang kosong tidak dapat diisi dengan gelas kosong yang lain. Iman yang disangka sudah cukup kuat tapi hakikat yang iman hanya dimulut tak dapat disangkal lagi.

Pesan penulis kepada penduduk negara Parmac supaya berfikir dan buat sesuatu,kerana negara anda sedang diserang tanpa disedari. Diserang oleh tentera-tentera syaitan yang mengalir dalam salur darah semua rakyatnya. Negara anda tidak akan dapat bertahan dengan jemaah yang selemah-lemah jemaah ini. Mantapkan jemaah anda!!! Bertahan dan bersabarlah!!! Kerana janji bantuan Allah akan tiba.

Alhamdulillah, penulis berasal dari Malaysia. Jauh dari masalah-masalah ini, betul tak?

Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban R.A bahawa Rasullullah S.A.W bersabda, dengan mafhumnya:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda s.a.w.:

"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah s.a.w.:

"Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Cintakan dunia dan takut akan kematian."

P/S: Nama-nama di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

- directed copy from iluvislam.com

Friday, April 15, 2011

pengurusan jenazah

Assalamualaikumwarahmatullah wbt..
Segala puji bagi Allah yang telah meberi nikmat dan  ujian serta selawat keatas Nabi Muhammad dan para junjungan..

Hari ini ingin saya kongsikan kepada anda semua salah satu pengalaman saya yang terlalu bernilai yang tidak mudah untuk saya dapatkan..Bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak mensia-siakan apa yang hambaMu ini telah belajar pada 3 minggu lepas iaitu kursus pengurusan jenazah.

Segalanya bermula dengan ajakan seorang sahabat,Aminah untuk menguruskan seorang jenazah perempuan di Masjid Sultan Ismail(MSI) . Arwah meninggal kerana sesak nafas pada pukul 2.30 pagi di sebuah hospital sekitar johor.Al- fatihah buat arwah dan takziah kepada keluarga atas kehilangan orang yang tersayang. Pada mulanya keyakinan untuk menguruskan kurang mantap. Tapi, apabila tengok ustazah yang steady je n aisyah,kak indah dan kak tikah relax je, saya cuba untuk kuatkan diri bagi menghadapi jenazah tersebut.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan izin yang maha kuasa. Dia telah permudahkan segalanya kepada semua. Dari memandikan jenazah sehingglah solatkan jenazah. Ahli waris juga ada membantu sepanjang menguruskan jenazah. Ramai juga ahli waris2 lain, sahabat dan orang yang terdekat hadir bagi memberi penghormatan yang terakhir dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang lain.

Apabila mendapat peluang ini, barulah merasai pengalamn sebenar bagaimana untuk menguruskan jenazah. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi kami peluang yang amat berharga ini.

Akhirnya, marilah kita bersama muhasabah diri kita bahawa kematian dan ajal maut ini terletak dalam kuasa Allah. Kita tidak tahui bila malaikt izrail datang menjemput kita. Sentiasalah mengingati tentang perkara itu…Fikir2 dan renungkan tentang perkara ini.

Wallahua’lam..

Saturday, April 9, 2011

Leisure to Malacca

Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah..Program ke Melaka telah berjalan dengan begitu lancar pada hari ini walaupun peserta program dan ajk hanyalah 13 orang. Namun, banyak benda yang dapt kami belajar dalam masa 1 hari. Selain tu, dapatlah juga release tension yang tak berkesudahn.

A big clap to pengarah program Leisure to Melaka Kak Junaidah Yusof. Beliau telah banyak berkorban bagi menjalankan program ini. Walaupun terpaksa bersusah payah mengangkut Basyir ke KDOJ. Thanx a lot Kak Jun.:)

Love u so much!!

Sesungguhnya program arini telah merapatkan  ukhwah antara peserta KIMBA dan juga peserta bukan KIMBA. Alhamdulillah, Allah telah memberi yang terbaik untuk kita semua.

Leisure to Melaka mengambil masa dari 8 a.m sampaila 1.30 a.m..Wow!! Kami boleh bertahan untuk berjalan tanpa henti.. Semua orang sangat excited nak pusing2 Melaka except for Basyir..

Mula2, kami singgah ke Taman Mini Malaysia. Dpatlah tengok2 rumah tradisional yang terdapat di seluruh Malaysia ni. Then, kami proceed ke zoo Melaka.. Tapi, saya x masuk. Just hanging around luar zoo je..Selepas tu, kami sambung perjalanan kami ke bandar raya bersejarah Melaka menuju ke Taming Sari dan juga ke datarn pahlwan Semua orang sibuk pergi shopping dan ambil gambar kenagan. Saya, Hafizoh, Aisya, Ater dan Minah pula sibuk bergambar dalam dataran pahlwan.. Ni la peluang kami nak posing puas2..hehehe..Last destination kami malam ni adalah ke River Cruise..Ni pon bes juga..Cahaya yang berkilauan yang amat menarik dapt dilihat sepanjang perjalanan..Bak kata foreigner ni, inilah yang paling enjoyable.Tak payah guna kudrat kaki dia nak bergerak. Puas naik river cruise kami sambung pergi makan pulak. Dah kenyang, jom balik!!

Hujan juga mula turun membasahi bumi sepanjang perjalanan pulang ke UTM yang tercinta ini.Semoga itu merupakan hujan rahmat yang dikurniakan pada semua makhluk Allah..

Terima kasih kepada kak jun,kak nita,kak arin,minah,basyir, kak afi,kak wa,kak damia,saipol,aisya,fizoh n ater kerana sudi ikut program ni..Hope all of u enjoy this program so much! U all are the best!

Kalau nak mintak gambar, bleh la mintak ngan photographer berkaliber kita, kak nita..:)

Note: Kepada yang tak dapat join program ni, Insyaallah di lain masa kita pergi lagi sama2..^^

Wallahua’lam

Friday, April 8, 2011

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.t.
pertama2 dan selama2nya marilah kita merafakkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yg diberi sehingga ke detik ini..tidak lupa selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar, Muhammad SAW..


Entah mengapa tiba2 saya rasa sangat terpanggil utk menulis pada hari ini..walhal tiada idea yang dapat sy curahkan pd ketika ini..namun sy akan cuba utk mengeluarkan segala isi hati sy pd saat ini..


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
seharusnya ungkapan di atas patut kita ucap dgn kiraan infiniti sepanjang hidup kita di dunia ini..kerana apa? kerana Allah yg Maha Besar sentiasa memberikan kita nikmat yg tak terhingga walaupun kadangkala tidak kita sedari..cuba bayangkan, siapa di dunia ini yg sanggup memberikan kita segala sesuatu secara percuma, kecuali Allah? ibubapa yang melahirkan kita sekalipun tidak memberikan segala2nya kpd kita secara percuma..pasti ada imbalan yg harus diberikan setelah permintaan kita itu dipenuhi..


apa pula kaitan cerpen (cerita pendek) syukur ni dgn program KIMBA? 


seperti yg semua ketahui, pd syura bertarikh 8 April 2011 bertempat di bilik Seminar, ahli jemaah syura telah bersetuju dgn beberapa perkara..
1. tarikh akhir bayaran RM 3000 adalah pd 20 Mei 2011. jika tidak, program ini akan dipinda ke suatu tempat yg lain.
2. setiap org telah diberi tugasan utk mencari penajaan di setiap organisasi dlm utm. tarikh akhir adalah 22 April 2011 bagi arked dan 29 April bg tempat2 lain.


ok2,penat la pakai ayat skema2 ni..back to normal..pzzzt...
pernah tak sahabat2 dgr tentang ayat yg lebih kurang camni bunyinye: "Allah tak lihat pd hasil, tpi Allah menilai pd usaha yg kita lakukan utk sesuatu perkara"


dan sekali lagi sy rasa mesti ramai yg dah pernah dgr cerita seekor burung yg membawa air dlm paruhnye yg kecik 2 utk memadamkan api yg membakar seorg nabi..apabila dia ditertawakan, apa jwpannye? dia kate sekurang2nye dia ade jawapan utk menghadap Allah nanti..


bagaimana pula dgn sikap kita semua dlm program ini? tepuk dada, tanya iman..


sy sebenarnya merasa sangat bangga dgn semua sahabat kimba yg sanggup bertahan sehingga ke hari ini..bukan mudah hendak menahan segala cabaran yg mendtg, walaupun kita sebenarnye masih belum cukup diuji oleh Allah SWT..ujian2 yg telah kite rasai mungkin baru sekelumit dpd harga yg patut kite byr utk berada di Baitullah..


namun bkn bermakna sy kecewa dgn mereka yg menarik diri..tidak sama sekali..kerana jika sahabat2 semua amati, program ini telah banyak mengajar erti kehidupan kpd setiap peserta, tak kira dpd awal program hingga ke hari ini..sy dapat melihat ada di kalangan kita yg pernah dan sdg berada dlm prgram ini yg sdg menerima tarbiyah...semoga ianya berkekalan sehingga ke akhirnya..amiiiin...


dan tiba2 sy ingin menegur sahabat2 semua tentang aurat..setiap dpd kita semangat utk berkata nak menjejakkan kaki ke tanah suci, tapi pernahkah kite melihat kpd amalan2 yg kite lakukan?apakah cukup segala yg kite lakukan?jika terlalu susah bila difikirkan tentang amalan, pernahkah kite terfikir tertutupkah aurat kite pd ketika ini?
ironinye begini...mutiara yg cantik dan sgt mahal pasti disimpan dlm sebuah bekas kaca yg berkunci dan tidak dipamerkan kpd semua..hanye org insan yg sgt mampu shj boleh melihatnye..tetapi batu kristal yg juga cantik pd pengamatan manusia yg boleh didapati dimana2 tidak begitu dihargai..mana satu pilihan anda? sebiji permata yg berharga atau sebutir kristal di jalanan?ayuh sahabat, anda mampu mengubahnye!!kerana setiap detik adalah peluang yg diberikan oleh Allah SWT kpd kita utk menemui "turning point"!


jgn bicara soal hidayah jika anda tak berusaha ke arahnye..hidayah perlu dicari, bukan hanye dinanti!!
bagaimana cahaya boleh memasuki rumah jika kita menutup semua tingkap yg ade?


akhir sekali, maafkan sy jika ada perkataan di atas mengguris hati dan perasaan sahabat sekalian..ingatan di atas adalah ingatan utk diri ini jua..tiada yg sempurna kecuali Allah..



Thursday, April 7, 2011

TARIKH AKHIR

Assalamualikumwarahmatullah..
Hari ini hamba Allah ini ingin membuat sedikit luahan hati yang amat berdebar untuk menunggu tarikh bagi membuat pelangsaian hutang yang tertangguh sebanyak rm 3000.00..
Sebelum ni, tarikh untuk membayar hutang tersebut pada 31 Mac 2011. Tapi, malangnya...Hamba Allah ini tidak mampu lagi melangsaikan hutangnya dek keran tugasan yang melambak-lambak yang dipertanggungjawab oloeh Allah kepadanya.. Nmaun, hamba Allah ini sedar bahawa ini disebabkan kelalaian dan kesilapan dirinya jua.. Manusia mane yang sempurna dari cacat cela walaupun dia adalah seorang Perdana Menteri mahupun seorang raja.
Apabila mendapat mesej pada tengah hari ini tepat pada pukul 11.59 a.m dari pengarah program KIMBA yang tertera seperi berikut:
Kimba- tarikh akhir u bayar rm 3000 pd 31 mei pada bendahari indah. Kala x, mekah madinah cancel.muktamad. tq.
Ya Allah, aku lupa tentang tanggungjawab aku yang satu ini bagi mencari penajaan. Tapi, hamba tidak akan menyesal kerana sikap itu tidak membawa keuntungan kepada hamba jua.. Jadi, mulai hari ini ayuh bersemangat untuk mencari penajaan. Allah tidak akan persiakan hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perakara. Seandainya hamba tidak Berjaya mencari, pasti ada hikmah yang masih terhijab yang belum mampu hamba lihat..
Hanya padamu jualah aku berserah..
WALLAHUA’LAM

Monday, April 4, 2011

dakwah

Assalamualaikumwarahmatullah..
Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian mengenai dakwah..Ape yang korang faham tentang dakwah selama ni?
Kalau saya,saya faham dakwah juz untuk seru manusia kearah jalan kebaikan.. Tetapi, rupanya tu pemhaman yang amat salah..Saya telah lupa mengenai cegah kemungkaran.. Kita hidup di muka bumi Allah ni sebagai hamba dan Khalifah Allah jua..
Tapi, apa hukum dakwah eh??emmm..ok2, meh saya bertahu anda2 sekalian..Hukum dakwah adalah wajib..Ia dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu fardu kifayah n fardhu ain.

Bagi hukum fardu ain anda semua boleh rujuk surah Al- Imran ayat 110 yang bermaksud:
‘ Kamu(umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu ynag terbaik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang2 fasik.’

Manakala bagi hukum fardhu kifayah pula terletak dalam surah Al Imran yang bermaksud:

‘ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung..'

Jadi sekarang mari ramai2 kita berdakwah.. Hukumnya wajib kan? Kalau x buat, maknanya dosa kan?Tapi, saya tau menda ni memang susah nak amal..Juz cuba yang terbaik, Insyaallah akan  bantu kita..
Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan membantu kita jua…J
WE LOVE ISLAM!!!ALLAHUAKBAR
Wallahua’lam..

Tuesday, March 15, 2011

Ragam manusia..

Bismillahirrahmanirrahim..
Asslamualaikumwarahmatullah duhai shabt yang diksihi sume..:)
Ok,Alhamdulillah hari ni still menghirup udara di muka bumiNya..arini  sy juz nak share something yang bese2.pasal perangai manusia la kan.. Ini bg peringatn untuk diri sy yang lemah dan hina n juga untuk sume sahabat2 yang lain. Kita selalu nak orang lain jaga hati kita kan dalam hidup ni.. Kita x suka dikritik,dikutuk..Sy tau,semua orang pun akan kurang senang dengan kritikan semua bagai ni kan..Sy pun x suka.Itu adalah lumrah manusia kan?? Selalu nak dapat pujian n kata2 yang indah sahaja . X sanggup nak terima kelemahan..Tapi, kita kene ingat ni adalah tarbiyah Allah melalui orang lain..Anda nampak x semua tu? Tapi, bagi yang mengkritik jangnlah gune kan ayat yang sangat power! Ingat! Lidah itukan lebih tajam dari pedang..Kenapa??Kalau pedang dihunus pada hati,luka tersebut bisa sembuh dalam tempoh masa yang ditetapkan..Tapi kawan2 ingat kalau kita berkata2  sesuatu yang kurang enak  n kawan kita touching lebih….susah nak baik tu..Belum tentu baik sehingga akhirat.. Sebab tulah kita sentisa dianjurkan oleh untuk sentiasa bermaaf-maafan.. Berlapang dada.
Satu lagi, jangan ingat kawan2 yang selalu bergurau dengan kita orang yang x kan pernah touching dengan kita kan??Biasanye orang yang paling dekat adalah orang yang paling banyak touching ngan kita kan.. Satu yang sy paling anti, kalau orang tu bentak sy.Ish!  X suke la main macam tu.. Kalau da marah sangat, DIAM adalah lebih baik.. Itu je yang akan menjernihkan keadaan buat sementara waktu.. Kalau rasa nak MARAH sangat2, pergi basuh muka ye..Syaitan sedang menguasai diri kita masa kita sedang marah.. So, bagi hilangkan n redakan kemarahan, mengambil wuduk adalah langkah yang terbaik..Jangan sesuka hati hamburkan kemarahan kepada orang yang tak bersalah dengan anda..:)..Kesian kat mereka yang tak tau ape2..
Last sekali, jangan sentiasa cari kesalahan orang lain..Biasalah, manusia itu tidak sempurna. Sentiasa tidak lari dari kesilapan seharian.. X normal la kan kalau dia perfect dalam semua mende.. Tapi, kita as a human will still try our best in everything right??^^
Ok, last sekali mari kita sam2 muhasabah diri,banyak tak dose ngan kawan2 kita?? Alamak aiiiii!!Banyaknye……Ok!!Jom ramai2 kita minta maaf kat membe2 kita kalo ada wt salh silap..Ajal maut di tangan Allah.. Kalau Allah takdirkan kita mati dalam mase terdekat n x sempat nk minta maaf,siapa yang rugi??
Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung…^^Amin