Sunday, March 6, 2011

iNGiN bErk0nGsi

Assalamualaikum?
Saya hanya ingin berkongsi tentang satu article yang saya baca dalam laman web islam iaitu I luv islam.com yang membincangkan tentang “matlamat salah menghalalkan cara”. Yang mana penulis mengaitkan cinta dikalangan siswa siswi di institusi pengajian tinggi pada abad ini.
Penulis ada menyatakan:
“terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri dan bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya? Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu”.
“Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang”.
Sama-sama kita pikir-pikirkan,
 Ahli kimba-motivasi

No comments:

Post a Comment